Kelebihan Solat Berjamaah

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH

Solat berjamaah adalah lebih baik dari solat bersendirian dengan 27 darjat.

Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai shalat beliau bertanya: “Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab, “Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya’ dan subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada dalam dua solat tersebut, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Saf (barisan) pertama adalah seperti safnya para Malaikat, seandainya kalian mengetahui keutamaannya niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, solatnya seseorang bersama dua orang adalah lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan solatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia solat sendirian, semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.” (HR Ahmad,)

Dari http://www.solat.wordpress.com

Solat Berjamaah Satu Tuntutan

Dalam masyarakat kita hanya beberapa peratus sahaja (dalam 5%) yang mendirikan solat 5 waktu berjamaah. Persoalannya kenapa kebanyakkan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting ?!

Kepentingan solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh kita semua  umat Islam, sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah dan disebut sebagai tiang agama.

Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu hakikat yang amat menyedihkan hari ini.

Persoalaannya kenapa kebanyakan dari kalangan  kita orang Islam memandang  remeh hal solat berjamaah  serta beranggapan ianya tidak penting?! Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.”

Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.”

Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas,  ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.

Tuntutan solat fardhu lima waktu secara berjemaah ini adalah  sunnah Nabi SAW yang sewajibnya kita sambut dan ikuti bukan hanya menyambut hari kelahiran Baginda SAW  setiap tahun sedangkan sunnahnya  tidak disambut dan diikuti. Malangnya, apa yang diperintah dan dituntut  oleh Rasul tidak diikuti dan diamalkan, malah  apa yang tidak diperintah pula yang dilakukan. Inilah yang mengundang musibah dan bala daripada Allah terhadap umat-umat yang terdahulu.

Nabi SAW  memberi ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja tanpa uzur  syarie, sebagaimana sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:

“Seberat-berat  solat ke atas golongan munafiq  ialah  solat `Isya’ dan  solat Subuh.  Jika mereka tahu  kelebihan  pada kedua-dua solat  tersebut,  tentu  mereka  akan menunaikannya (secara berjemaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).

Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara  berjamaah) dengan memerintah  seorang lelaki bersolat  (menjadi  imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan  keluar dengan sekumpulan lelaki  bersama seberkas  kayu  api  untuk mencari mereka yang tidak menunaikan solat  fardhu  (secara berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka.”

Betapa penting dan besar kedudukan  solat fardhu lima waktu secara berjamaah disisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjamaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud:  “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”

Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjamaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi   dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.

Solat berjamaah adalah lambang kekuatan   dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah.  Diantara perbezaan  seorang muslim yang sejati dan   munafik adalah pada solat mereka. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).

KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SECARA BERJAMAAH

  1. Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
  2. Diangkat siksa kuburnya.
  3. Surat Catatan amalannya diserah kepadanya  dengan tangan kanan.
  4. Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
  5. Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.

Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjamaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjamaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.

www.rahsiarezeki.com

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,893 other followers

%d bloggers like this: