AHLI SYURGA

Gambaran Ahli Syurga

Golongan Ahli Syurga yang Didampingkan Di Sisi Allah (Muqarrobin) – Dilayani oleh Anak-Anak Muda Lelaki dan bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

“Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);  Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, – Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; – Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).” (Al-Waaqi’ah 56 : 10-26)

Golongan Kanan Ahli Syurga – Bersenang Lenang Di Antara Pohon-Pohon Bidara Yang Tidak Berduri. Allah Telah Menciptakan Isteri-Isteri Mereka Dengan Ciptaan Istimewa, Sentiasa Dara Yang Tetap Mencintai Jodohnya

Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (Al-Waaqi’ah 56 : 27 – 27-40)

Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. , beliau bersabda: “Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda ; “Jika  kamu mati, akan diperlihatkan kepadanya tempatnya di akhirat kelak, setiap pagi dan petang. Andainya dia adalah penghuni Syurga, maka tempatnya di syurga akan ditunjukkan kepadanya. Dan andainya dia adalah penghuni neraka, maka tempatnya di neraka akan ditunjukkan kepadanya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Imran bin Hussien dari nabi s.a.w., beliau telah bersabda; “Aku melihat ahli Syurga, sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang miskin. Kemudian aku melihat neraka, kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a., ketika kami bersama Rasulullah s.a.w., beliau bersabda ; “Dalam tidurku, aku melihat  diriku berada dalam syurga, dan di sana aku bertemu dengan seorang perempuan yang sedang berwuduk dekat sebuah istana. Aku bertanya ; Untuk siapa istana ini ?  Jawab perempuan tersebut : Untuk Umar al-Khattab. Aku teringat bagaimana ghirah (sangat menjaga kehormatan perempuan) Umar. Akupun segera meninggalkan tempat tersebut. Umar menangis mendengar perkara tersebut dan berkata ; Bagaimana aku berani cemburu terhadapmu Ya Rasulullah !.” Hadis riwayat Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda ; “Kelompok pertama yang akan masuk ke syurga akan bercahaya seperti bulan purnama. Di syurga, mereka tidak akan meludah, membuang hingus atau membuang air besar. Bejana mereka dibuat daripada emas. Sikat dari emas dan perak, alat pemanggang (dupa) dari kayu cendana, harum peluh mereka bagaikan wangi kasturi. Setiap penghuninya memiliki dua isteri, kulitnya sangat licin dan wajahnya teramat cantik. Mereka tidak akan berselisih faham, hati mereka bersatu dan mereka mengagungkan Allah setiap pagi dan petang.” Hadis riwayat Bukhari.

Dari Sahl bin Saad r.a.  bahawa Nabi s.a.w. bersabda ; “70,000 atau 700,000 umatku syurga bersama-sama. Yang pertama dan yang terakhir akan masuk pada waktu yang sama dan wajah-wajah mereka bercahaya laksana bulan purnama.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:  Akan ada rombongan dari umatku tujuh puluh ribu masuk surga tanpa hisab, bercahaya muka mereka bagaikan bulan purnama. Abu Hurairah r.a. berkata: Maka berdirilah Ukasyah bin Mihshan Al-Asadi sambil menjinjing selimutnya, lalu berkata: Ya Rasulullah. doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka. Maka Nabi saw. berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia dari golongan mereka.  Kemudian seorang sahabat Anshar berdiri dan berkata: Ya Rasulullah doakan semoga Allah menjadikan aku dari golongan mereka.  Jawab Nabi s.a.w.: Engkau telah didahului oleh Ukasyah r.a.  (Bukhari dan Muslim).

Dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin mempunyai sebuah khemah di dalam surga yang terbuat dari satu mutiara yang berlubang, panjangnya 60 batu, dan orang seorang mukmin juga memiliki keluarga di dalamnya yang akan ia kunjungi padahal sebagian mereka tidak pernah melihat sebagian yang lain.” Hadis riwayat Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a.  dari Nabi s.a.w. bersabda ; “Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pohon (sangat besar dan rendang) sehinggakan seseorang mengelilinginya, maka memerlukan masa 100 tahun. Jika kamu mahu, bacalah ayat  al-Quran { وَظِلٍّ مَمْدُودٍ }“dan naungan yang terbentang luas”(ayat 30 surah al-Waqiah). Hadis riwayat Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a.., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan dengarkanlah apakah jawaban mereka karena itulah ucapan selamat untukmu dan keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: “Semoga keselamatan menyertai kalian”. Mereka menjawab: “Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai kalian”. Mereka menambahkan “rahmat Allah”. Maka setiap orang yang memasuki surga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang.” Hadis riwayat Muslim.

Dari Abu Saaid al-Khudri r.a.  dari nabi s.a.w. telah bersabda ; “Para penghuni Syurga akan melihat para penduduk al-Ghuraf (tempat paling utama di Syurga) spt seorang melihat cahaya bintang jauh di timur atau barat cakerawala, kerana keutamaan mereka yang melebihi orang lain. Mereka bertanya ; Ya Rasulullah s.a.w., apakah tempat itu diperuntukkan hanya kepada para nabi ? Jawab Rasulullah s.a.w. : Tidak. Demi Zat menggengam jiwaku, tempat itu diperuntukkan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.” Hadis riwayat Bukhari.

 

 

Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah
Golongan Ahli Syurga Dijamin Masuk Syurga . Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu: a. Pemimpin yang adil. b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah. c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid. d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak … saya takut kepada Allah.” f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya. g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

 

Perbezaan Ahli Syurga dan Neraka

Dari Iyadh bin Himar Ra, bahawa sesungguhnya didalam khutbahnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ahli Syurga ada 3 golongan, yaitu para penguasa yang menggunakan kekuasaannya untuk keadilan dan kebenaran, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada siapa saja dan orang muslim yang menjaga diri dari kemaksiatan. Sedangkan ahli neraka ada lima golongan yaitu: orang lemah yang tidak peduli sesamanya, para pengkhianat, penipu yang memperdaya keluarga dan harta orang lain, kikir dan pendusta, serta orang yang berakhlak tercela” (HR.Muslim)

Bagaimanakah Syurga dan Ahlinya – Tanbihul Ghafilin

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Dari air.” Kami bertanya: “Beritakan tentang bangunan syurga.” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta’lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a’yunin jazza’an bima kanu ya’malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.”

Ibn Abbas r.a. berkata: “Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za’faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku.”

Mujahid berkata: “Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.

Abu hurairah r.a. berkata: “Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: “Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah.”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: “Apakah cermin yang putih ini?” Jawabnya: “Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk umat mu, sehingga umat-umat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan).”

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: “Apakah Yaumal Mazid itu?” Jawab Jibril: “Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul  Firdaus, disana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjad diduduki para siddiqin, syuhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: “Mintalah kepadaKu.” Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:”Aku telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu.” Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan  kehormatan mereka.

Dalam riwayat lain: Allah menyuruh kepada Malaikat: “Berikan makan kepada para waliKu.”, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: “Berikan minum kepada hamba-hambaKu.” maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: “Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku berikan permintaanmu.” Jawab mereka: “Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu.” dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: “Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima.” Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: “Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.” Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka  apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: “Kamu kini lebih elok dari yang biasa.”

Abul-Laits berkata: “Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya.

Ikrimah berkata: “Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak berhingus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.”

Dalam lain riwayat: “Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: “Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?” Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: “Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima (bersetubuh).” Dia berkata: “Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : “Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu’tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husnu ma ab.”

Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.”

Dari Al’amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.”

Ibn Abbas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: “Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.”

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta’malun, yang keempat: Rufi’at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu’dzil jiran.”

Ertinya:

  1. Salam alaikum bima shobartum :- Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu
  2. Ud khuluha bisalamin aminin :- Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman
  3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta’malun  :- Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
  4. Rufi’at ankumul ahzana wal humum :- Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita  
  5. Albasakum alhuli wal hulal :-  Kami berimu pakaian dan perhiasan
  6. Zawwa jakum ul hurul iin   :-  Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
  7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a’yun wa antum fiha khalidun :- Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.
  8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin :- Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin
  9. hirtum syababa laa tahromun :- Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya

10. Sakantum fi jiwari man laa yu’dzil jiran   :- Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

        Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

i.          Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: “Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma’wa yang bermaksud “Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.”

ii.          Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.”

iii.          Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.”

iv.          Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa’atnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa’atnya pada hari kiamat.”

v.          Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.

Yahya bin Mu’adz Arrazi berkata: “Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.”

Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: “Ya Allah, masukkan ia kesyurga” dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: “Ya Allah, hindarkan ia dari neraka.”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga.”

Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: “Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk  membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: “Robbi sallim saliim” (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: “Ya Tuhan, tempat saya disini.” Jawab Tuhan: “Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya.” Jawabnya: “Tidak, demi kemuliaanMu.” Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: “Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu.” Dijawab oleh Tuhan: “Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya.” Jawabnya: “Tidak, demi kemuliaanMu.” kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: “Apakah kau tidak minta?” Jawabnya: “Saya sudah minta sehingga merasa malu.” Maka firman Allah s.w.t.: “Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga.”

Abdullah bin Mas’ud berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.”

Dalam hadis: “Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia.”

Firman Allah s.w.t.: “Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin (golongan kanan).” Surah al-Waqiah

 

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Hadis Riwayat Muslim

 

Bidadari-Bidadari Syurga Dan Sifat-Sifatnya
H. Sunaryo A.Y.   
Kitab suci Al-Qur’an Al-Karim Allah s.w.t. telah menjelaskan bahwa kenikmatan-kenikmatan didalam syurga itu kekal, tidak ada habisnya, kesenangan di syurga terus menerus, tidak henti-hentinya. Makan, minuman, pelayan, para bidadaridan lain-lain lagi. Ringkasnya segala macam kelezatan di syurga adalah tanpa hitungan sama sekali dan berkekalan seterusnya serta semuanya serba menyenangkan dan memuaskan hati.

  • Perhatikan Firman Allah SWT :

”Para ahli syurga itu sama duduk-duduk diatas sofa yang bertahtakan emas dan batu permata, mereka duduk bersandar diatasnya, berhadap-hadapan antara orang serorang dengan lain-lainya. Mereka pun dilayani oleh anak-anak muda yang beredar berkeliling dan tetap saja pelayan-pelayan tadi membawa mangkuk, cerek dan piala yang penuh berisi minuman yang memancar jernih. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula menjadi mabuk kerana minuman tadi. Dan buah – buahan juga dihidangkan, mana saja yang mereka pilih. Demikian pula daging burung, mana saja yang mereka inginkan. Lagi pula bidadari-bidadari yang bermata bulat jelita sekali, bagaikan mutiara yang tersimpan baik-baik. Itulah sebagai balasan dari amalan-amalan yang mereka telah kerjakan.” (QS. Al-Waqi’ah : 15-24)

  • Kemudian Firman Nya

”Para ahli Syurga itu memiliki bidadari yang sopan setia lagi pula bermata jelita, mereka itu adalah bagaikan telur yang tersimpan rapi.” (QS. Ash Shaffat : 48-49)

  • Dan Firman Nya :

”Para ahli Syurga itu di karuniai bidadari-bidadari yang duduk diatas hamparan yang ditinggikan. Sesungguhnya Kami menjadikan bidadari-bidadari itu dengan kejadian yang baru, maka Kami jadikanlah mereka sebagai gadis-gadis yang suci, penuh kecintaan dan sebaya saja umurnya. Itu semua untuk dikaruniakan kepada orang – orang yang menerima catatan amalnya dengan tangan kanannya.” (QS. Al-Waqi’ah : 34-38)

  • Firman Allah SWT :

”Dan Kami lenyapkan segala kedengkian dari hati para ahli syurga itu, sehingga mereka merupakan saudara – saudara, duduk berhadap-hadapan di atas ranjang. Mereka tidak pernah merasakan kelelahan dan tidak pula mereka itu akan dikeluarkan dari situ.” (QS. Al-Hijr : 47-48)

Kita perhatikan Firman Allah SWT yang termaktub di dalam kitab suci Al-Qur’an.

  • Firman Allah SWT :

”Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” (QS. Ad-Dukhan : 54)

  • Berfirman Allah SWT :

”Mereka bertelekan di atas dipan–dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (QS. At-Thur : 20)

  • Dan Firman Nya :

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS. Ar Rahman : 70)

  • Dan Firman Nya :

”(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, di pingit dalam rumah.” (QS. Ar-Rahman : 72)

  • Kemudian Firman Nya :

”Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al-Waqiah : 35-37)

Kemudian Firman Nya :

”Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah-buahan anggur dan gadis-gadis remaja yang sebaya.” (QS. An-Naba’ : 31-33)

Sekarang perhatikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh para Imam yang tidak diragukan kesahihan hadisnya.

Bersabda Rasulullah s.a.w. :

”Sesungguhnya pertama kali kelompok yang memasuki syurga itu adalah bagaikan rupa bulan tanggal empat belas (yakni bulan purnama), kemudian orang-orang yang masuk dibelakang mereka itu adalah sebagai bintang di langit yang terang cahayanya. Mereka itu didalam syurga tidak akan mengeluarkan kotoran kecil atau besar, juga tidak pernah berludah atau berhingus. Sisirnya adalah terbuat dari emas sedang keringatnya adalah bagaikan minyak kasturi dan perapiannya adalah kayu harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari-bidadari yang jelita-jelita matanya. Mereka itu di titahkan sebagai seorang lelaki yang sama, sebagaimana rupa ayah mereka yakni Nabi Adam, tingginya ada enam puluh hasta kelangit (yakni keatasnya).” (HR. Bukhari, Muslim dan Tirmidzi).

 

Bersabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang sama:

”Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk syurga adalah seperti rupa bulan di malam purnama. Berikutnya adalah seperti bintang yang paling terang sinarnya di langit. Mereka tidak buang air besar, dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas, minyak mereka misik, asapannya adalah kayu gaharu, pasangan mereka adalah bidadari, akhlak mereka seperti akhlak satu orang. Bentuk (postur tubuh) mereka seperti Nabi Adam as, 60 lengan di langit.” (HR. Bukhari Muslim dll. Al-Jami’ Al Shaghir : 3778, Shahih Al-Jami’ : 2015)

 

Dari Abu Said al-Khudri ra, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya ahli syurga yang paling rendah tingkatannya adalah seseorang yang Allah palingkan wajahnya dari Neraka kearah syurga dan ditampakkan padanya satu pohon syurga yang rindang. Lalu orang itu berkata : ”Ya Allah dekatkanlah aku kepohon itu agar aku bisa berteduh di bawahnya.” lalu Nabi s.a.w. terus menyebutkan angan-angan orang itu hingga akhirnya beliau (Nabi s.a.w.) bersabda:

Apabila telah habis angan-anganya maka Allah berfirman kepadanya : ”Dia itu milikmu dan ditambah lagi sepuluh kali lipatnya.” Nabi s.a.w.  bersabda : ”Kemudian ia masuk rumahnya dan masuklah menemuinya dua bidadari syurga, lalu keduanya berkata : ”Segala puji bagi Allah yang telah menhidupkanmu untuk kami dan yang menghidupkan kami untukmu. Lalu laki-laki itu berkata : ”Tidak ada seorangpun yang dianugerahi seperti yang dianugerahkan kepadaku.” (HR. Muslim)

 

Hadis dari Anas ra :

Sesungguhnya bidadari nanti akan bernyanyi di syurga. Kami para bidadari cantik disembunyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Sahih al Jami’ : 1602)

 

 

Hadis dari Abdullah Ibnu Mas’ud ra :

Kelompok pertama kali yang masuk syurga, seolah wajah mereka cahaya rembulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik dilangit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman mereka dapat dilihat digelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad sahih dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadis hasan, sahih lighairi : Sahih al-Targhib : 3745)

 

Hadis lafaz Tarmidzi :

”Masing-masing mendapat dua bidadari, sumsum kakinya dapat dilihat dari balik daging kerana begitu cantiknya, tidak ada perselisihan diantara mereka. Dan tidak ada saling benci dihati mereka. Hati mereka seperti hati satu orang, mereka semua bertasbih kepada Allah pagi dan sore.” (HR. Tarmidzi)

 

Hadis al Miqdam Ibnu Ma’di Karib ra :

”Orang yang mati syahid memiliki 7 (yang benar 8) keistimewaan disisi Allah : (1) diampuni dosanya diawal kucuran darahnya, (2) melihat tempat duduknya dari syurga, (3) dihiasi dengan perhiasan iman, (4) dinikahkan dengan 72 bidadari syurga, (5) diamankan dari adzab kubur, (6) aman dari goncangan dahsyat di hari qiamat, (7) diletakkan diatas kepalanya mahkota kewibawaan satu permata dari padanya lebih baik dari pada dunia seisinya, (8) memberi syafaat kepada 70 orang dari kerabatnya.” (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi)

 

 

Hadis Mu’adz ibnu Ana ra :

”Barang siapa mampu menahan amarah padahal ia boleh saja untuk melaksanakannya, maka Allah memanggilnya dihadapan para makhluk hingga Dia memberikan hak untuk memilih yang ia suka dari bidadari.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah)

 

 

Lagi Hadis Mu’adz ra :

”Tidak ada seorang isteri yang menyakiti suaminya didunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya berkata : ”Jangan engkau sakiti dia, semoga Allah melaknatmu, sesungguhnya ia hanyalah bertamu (dirumahmu), hampir saja ia berpisah meninggalkan mu menuju kami.” (sahih al Jami’ : 7192)

 

Wanita Ahli Surga dan Ciri-Cirinya

Penulis: Azhari Asri dan Redaksi

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (Surah: Muhammad: 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (Surah Al Waqiah: 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, diantaranya:

“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Surah Al Waqiah: 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (Surah Ar Rahman: 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Surah Ar Rahman: 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqiah: 35-37)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau:

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Diantara yang didendangkan oleh mereka: “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan: “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)

 

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah:

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang mahu pun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang disadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman:

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah An Nisa’: 13)

Wallahu A’lam Bis Shawab.

Nota: Jika ada pembetulan sila email ke zahidana@yahoo.com

7 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Abd Halim bin Mohamed
    Jul 07, 2012 @ 20:56:37

    terima kasih atas ilmu. minta dihalalkan

    Balas

  2. NorLeyana
    Jun 15, 2013 @ 21:52:17

    ALHAMDULILLAH…
    sungguh bermanfaat dan banyak memberikan kesedaran kepada saya.
    terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    Balas

  3. ainul mardhiyah
    Jul 18, 2013 @ 22:12:49

    subhanallah.terima kasih atas perkongsian

    Balas

  4. zahidana
    Jul 21, 2013 @ 13:11:33

    Sila kongsikan..

    Balas

  5. gadafi
    Jul 23, 2013 @ 23:39:54

    Alhamdulillah. Terima kasih dengan info diberikan. Harap saya digolongan orang yang sedikit bersyukur. Amin

    Balas

  6. zay
    Sep 29, 2013 @ 02:53:23

    Mohon share..moga diberkati

    Balas

  7. SAIFULISLAM.COM
    Jul 12, 2014 @ 23:10:30

    Alhamdulillah!!!!.sebak hati bila baca,harap dihalalkan info ini.Marilah kita berbuat kebaikan agar dimasukan ke dalam syurga ALLAH S.W.T.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,951 other followers

%d bloggers like this: