AMALAN HARIAN

Amalan harian ini diperturunkan daripada guru-guru saya. Amalan ini perlu dilakukan semata-mata kerana Allah. Saudara-saudara yang melakukan amalan harian ini secara berterusan dan ikhlas akan mendapat bahagian kebaikan di dunia dan di akhirat mengikut Anugerah Allah kepada masing-masing. InsyaAllah

1.   Bismillah hirohmanirohim 1000 < 2500 kali
2.   Alfatihah 100 x
3.   Selawat ke Atas Nabi 40 < 100 x
4.   Istighfar    (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim) 40 < 100 x
5.   Tasbih (SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhuakbar) 40 < 200 x
6.   Lakhaula wala khuwata illa billa hil aliyil azim 100 x
7.   Laqad ja akum……sampai .,..azim (dalam Surah at-Taubah) 40 < 100 x
8.   Waman yat taqilla……..sampai …qadra.(dalam Surah an-Nisa’ ayat 2-3) 40 < 100 x

 

Solat:

1. Solat Hajat 2 < 8 rakaat
2. Dhuha 2 < 4 rakaat
3. Rawatib Semua 12 rakaat
4. Tahajjud 2 < 8 rakaat
5. Tasbih 4 rakaat (2 salam)
6. Witir 1 < 3 rakaat

 

Banyakkan beristighfar

Amalan beristighfar iaitu menyesali kesalahan yang lalu dan meminta ampun kepada Allah adalah sangat sangat digalakkan. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan Solat Dhuha

 Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

 

Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

16 Komen (+add yours?)

  1. Ali
    Nov 29, 2010 @ 15:45:31

    Assamualaikum wr.wb.
    Jazakullahu khairan katsiran..hampir je air mata ini jatuh setelah membaca kelebihan solat tahajud ini. Inilah kebesaran Allah Ajawajalla kepada hambanya yg mahu mengambil manfaatnya. Sebelum ini saya tak begitu mengetahui fadhilatnya tetapi Allah swt sangat sayang iaitu saya berniat utk bangun kalau boleh setiap malam pd Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah, Allah swt kabulkan doa ku sehingga meliputi malam 10 terhari Ramadhan. Tanpa disedari air mata jatuh tak ingat pada malam ke berapa ramadhan tu dan alhamdulillah hingga ke hari ini semacam kemestian utk saya bangun menunaikan solat ini, ianya semacam SATU keperluan dlm hidup ini, Alhamdillah. Mohon kalau ada amalan zikir yg boleh diamalkan selepas solat tahajud tersebut, insya-Allah. Terimakasih.

    Balas

  2. zahidana
    Nov 29, 2010 @ 22:09:33

    Terima kasih. Kalau dapat amalkan amalan di atas (No. 1 sampai 8) pun sudah cukup bagus…

    Balas

  3. zahidana
    Dis 01, 2010 @ 22:28:47

    Salam En Ali,
    Kalau nak amal lagi elok baca QulhuAllah (sehingga habis) sebanyak 100,000 kali seumur hidup kerana diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
    ‘Barang siapa membaca Qul huwa’llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah mendapat kemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah kemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llahu ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu mengikut kesanggupan kita sehari.

    Ada juga saya terjumpa bahawa antara fadhilat/kelebihan amalan tersebut ialah masuk syurga tanpa hisab.

    Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
    Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
    Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
    Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran… Lalu dengan membaca surah
    Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

    Balas

  4. misschenta
    Ogo 06, 2011 @ 01:56:05

    alhamdulillah… terima kasih atas perkongsian ilmu ini,,, antara surah yg bgus untuk di baca ialah surah AL-IKHLAS… betapa kita mengakui Allah sebagai pencipta kita.. i’Allah mudhan ia akan menjdi sebgi amalan harian kita kelak.. amin ^_^

    Balas

  5. Hazura
    Mac 14, 2012 @ 11:07:43

    Bagaimana untuk melakukan solat tahajjud. Sebagai permulaan sebaiknya berapa rokaat? dan apa ayat bacaan dalam solat tersebut? Sebelum solat tahajjud ni perlu solat hajat dulu kah? Saya tak berapa faham solat hajat ni waktu bila untuk sujud semula untuk berdoa? boleh berikan panduan dan cara pada saya?

    Balas

    • zahidana
      Mac 14, 2012 @ 13:48:03

      Sila tengok sini. tq.

      Balas

  6. anisyafinazulkafli
    Apr 25, 2013 @ 17:55:29

    assalamualikum. apa maksud dipercikkan air tu ye? untuk turut serta dalam solat tahajjud ke ?

    Balas

  7. zahidana
    Apr 28, 2013 @ 18:27:28

    Untuk membangunkan suami atau isteri yang sedang tidur dan susah nak bangun, gunakan percikan air..

    Balas

  8. Fathan
    Jun 13, 2013 @ 19:49:02

    assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuhu.
    Mohon ijin/ijazah untuk mengamalkan amalan harian diatas.
    terima kasih

    Balas

  9. Ali Hassan H
    Sep 03, 2013 @ 16:01:52

    Assalamualaikum wr wb.
    Terima kasih atas maklumbalas yg ustaz berikan terutama tip-tip yg bermanfaat. InsyaAllah dengan izin Allah Swt selepas solat Tahajjud memberikan ruang masa menambah amalan yg telah menjadi rutin malam, Alhamdulillah. Khususnya menebus diri di sisi Allah Swt dengan 100,000 kali Surahtul Ikhlas. Semuga Allah Swt memberikan ustaz keberkahan dlm hidup dgn menyebarluaskan ilmu Allah kepada hamba-hambaNya yg kehausan ilmu untuk amalan. Jazakallahu Khairan Katsiran…terima kasih.

    Balas

  10. Mohd Hamzah
    Jan 23, 2014 @ 20:37:27

    Surah tholaq ayat 2&3 wamayyat taqillalah

    Balas

  11. Mohd Hamzah
    Jan 23, 2014 @ 20:44:33

    Surah attholaq ayat 2&3 wamayyattaqillah

    Balas

  12. ctnur
    Apr 29, 2014 @ 12:41:48

    Tips yang bermanfaat. semoga tuan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah

    Balas

  13. BlackArrow Al Junaid
    Mei 02, 2014 @ 11:15:44

    MOhon diizin diamalkan dan ijazahkan .

    Balas

  14. Madame Pamplemousse
    Ogo 21, 2014 @ 11:09:36

    Hi there to all, how is everything, I think every one is getting more from this web page, and
    your views are pleasant in favor of new visitors.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,971 other followers

%d bloggers like this: