BERSYUKUR
Syukur seorang hamba ialah berterima kasih kepada Penciptanya dalam bentuk lisan, hati dan perbuatan. Bersyukur dengn lisan ialah dengan menyatakan Alhamdulillah, bersyukur dengan hati ialah perasaan mencukupi, qanaah, dan redha dengan apa yang diterima. Bersyukur dengan perbuatan ialah dengan beramal dengan apa yang disuruh Allah dan tidak menentang Allah dengan mengingkariNya.
Tanda bersyukur ialah seorang itu beramal dengan apa yang disuruh Allah dengan penuh ketaatan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, “Wahai keluarga Daud, bersyukur lah kamu dengan beramal.” Sekiranya kita tidak beramal, ini menunjukkan kita tidak bersyukur kerana tidak mematuhi syariat Islam dan tidak mematuhi apa yang disuruh Allah. Tanda orang bersyukur ialah tidak meremeh (memperkecil-kecilkan) pemberian Allah, tidak bermasam muka jika mendapat rezeki atau sesuatu yang kurang dari yang diharapkan, tidak kufur ni’mat dari Allah, dan sentiasa redha dengan pemberianNya.
Dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran terdapat bukti dan keterangan bahawa Allah akan memberikan ganjaran, menambahkan dan memberi kita kurniaanNya dengan syarat kita bersyukur.
Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”
Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”
Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”
Kalau kita sentiasa bersyukur dengan ni’mat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.
Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah.
















Feb 02, 2012 @ 10:47:58
bersyukurlah dengan apa yg kita miliki dan berdoalah utk kebaikan…..
Feb 19, 2012 @ 23:21:33
ucaplah Alhamdulillah tanda syukur kepadaNya…^_^
Feb 20, 2012 @ 10:10:20
Bagus sekali artikelny, singkat, padat dan konprehnsive. Bersyukur yakni menjauhi laranganNya dan mentaati perintah Allah swt, banyak berbuat kebaikan, kebajikan untuk sesama manusia..
Apr 12, 2012 @ 08:57:41
seronok bace artikel yg begini. semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya
Mei 25, 2012 @ 22:51:51
Terima kasih kepada semua pengunjung, moga bermanfaat.
Jun 17, 2012 @ 07:33:42
izin copy ye,
Jun 17, 2012 @ 11:37:04
ok. tq
Jul 02, 2012 @ 07:37:48
Semoga bertambah keimanan kepadaNya dengan merasai kebesaran dan nikmat Allah yang tak terhingga, tak mampu dihitung biarpun sekiranya Allah mengurniakan tujuh launtan sebagai tinta dan semua pepohon sebagai pena. Betapa kerdil kita di hadapan Allah. SubhaanaAllaah wabihamdih. SubhaanaLLaahil aziim.
Ogo 15, 2012 @ 00:23:24
Syukur kepada Allah swt ..kerana telah memberi musibah kepada ku, dan menginsafkan ku ,.
Jan 05, 2013 @ 13:00:13
Alhmdllh..ya Allah..engkau tlah membriku rizki yg halal buat hmbamu yg hna ini ya Allah..ats namamu ya Allah tlah limpahkan sgala knikmatan yg engku brikan pdaku..ma ksh ya Allah hmbamu bnyk brsyukur ats pemberianmu..amin.