Berjaga-jaga Kalau Hanya Nampak Dunia…

“Allah letakkan kefakiran di antara kedua-dua matanya…”

Video

Produk Halalan Thoyiban IMP

Produk Amalan Pengilangan Islam IMP

Produk IMP telah dikeluarkan oleh Sidratul Corp. oleh Us. Tajudin dari sebuah kilang yang mengeluarkan produk-produk makanan, minuman dan kosmetik berdasarkan syarak. Kaedah pengeluaran ini adalah juga berdasarkan firman Allah yang menyuruh kita untuk memakan makanan yang halal lagi baik (halalan thoyiban.) Berikut ini dipaparkan beberapa produk halal yang dihasilkan menurut kaedah IMP yang telah didaftarkan hakciptanya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Spagemee RM2.2o

Used as spagety made of seeweed which contains high calcium and has a lot of nutritional benefits.

Honeko RM14

Cocoa with honey

Albaroka

Honey dates syrup

Baroka café


Coffee Ashwaganda untuk Lelaki

Low fat milk

NTRESD

For sinus infection – apply few drops on the tongue.

Slimmex RM17.

For slimming

BioPrune
Natural Prune Juice

Khall RM45.00

Honey, Khall, Apple cider,raisin, black seed oil, dates in juice form virgin coconut (Cocos nucifera)

Feminine Wash RM8.80

For external use only. Wash on the private parts (woman)

Aromatherapy RM10.

To avoid cough, sorethroat please apply on the chest and neck. For external use only.

Vagimate RM14.90

This vaginal cleanser is enriched with kacip fatimah (Labisa pumila- is the female version of Tongkat Ali.) with manjakani (Oak galls – comes from oak trees indigenous to Asia Minor and Persia. women after childbirth can restore the elasticity of the uterine wall. It helps tightens the vagina and to clean the fungus and germs. For woman’s external use only.

Batooka RM7.00

Enriched with mint (pudina) leaves, it helps relieve cough. For external use only. Hot Chocolate RM15.00 Hot Chocolate powder form is mixed with selected chocolate malt and cocoa. It is also mixed with goji berry. Goji berry is good for anti aging and stimulate sexual drive for man and bodily health. It is considered the most health beneficial product on earth. Has in clinical trials shown a partial reversal in sexual dysfunction in seniors.

Cinnamon Honey


Cinnamon and honey for good health

Massage Oil RM7.50


As a massage oil for body pains, rheumatism , arthritis, nerve pains etc

Aromatic Mineral Paste RM8.80


To get beautiful skin and avoid scar. To clear toxic from the body

Garam Masala RM5.20


Mountain salt with herbs for cooking.

Lada Hitam RM3.60


Black pepper for cooking.

Lemon Grass / Serbuk serai RM3.60


Lemon grass for cooking

Ginger Honey RM15.00


Ginger (Zingiber officinale) is consumed as a delicacy, medicine, or spice. In Arabic, ginger is called zanjabil, and in some parts of the Middle East, ginger powder is used as a spice for coffee and for milk, as well. Ginger has been claimed to decrease the pain from arthritis. It may also have blood thinning and cholesterol lowering properties that may make it useful for treating heart disease. Preliminary research also indicates that nine compounds found in ginger may bind to human serotonin receptors, possibly helping to affect anxiety.

Curry leaves RM5.00


Dried curry leaves for cooking.

Jintan Manis RM3.00


Aniseed for cooking – powder form.

Al-Barakah


Al-Barakah also known as “Black Seed, Black Cumin, Nigella Sativa (scientific name), Black Caraway, Habbah Al-Sawda, Fennel Flower, Jintan Hitam. In the Middle Eastern countries it is traditionally known as “Habbat al Barakah” – ‘The Blessed Seed’, due to it’s powerful healing qualities for many ailments. The oil of nigella sativa prevent infections and allergies and control cronic illnesses. Healthy cells are protected from viruses thus inhibiting tumours. Al-Barakah is also known as “Seed of Blessing” and is considered as one of the ailing herbs of all time. It is a best natural herbs used for all generations to cure various diseases related with the folowing problems: Breathing, skin, stomach and functioning of internal organs, kidney and bile, blood circulation, body resistence and body health. Other Uses: As a supplementary food – for mind enriching, energy and health. To strengthened body resistence – to fight AIDS, HIV, cancer and thyroid . To fight symptoms of arthritis, gout. Anti-histamine activity – Enable to counter asthma, fatigue and breathing problem. Anti-Tumor – Fatty acid is effective against cancer. Anti-bacteria – Effective to fight V. cholera, E.coli and Salmonella (includes worms, fungus, ringworm etc) Anti-inflammatory – Effective in solving skin problems, burns and wrinkles. For breast feeding – Increase mothers milk (for men, to increase sperm) Source of energy for baby child and adults – Provide energy and body resistence against illness. Bee Honey – helps in digestion, reduce fever, anti-toxine, improve appetite, cure against ulcer, asthma, fatigue and sinus infection. To strengthened body resistance against illness. Honey – refreshes the body, strengthen the teeth, beautifies the hair. Honey evaquate poison from the body, detoxifies it and kill germs in the body. It cleanses the kidney and liver. Also contains other 50 Herbs – to name a few, labisa pumila, eurycoma epiculata, smilax myosotiflora, fennel, terminela chebula etc used to accumulate strength and cure against illness. Olive Oil – main source of Vitamin E dan carotene

Cengkih RM4.10


Clove for cooking

Garam Kunyit RM3.00


Turmeric with mountain salt for cooking and to preserve fish before cooking.

Bawang Putih RM3.10


Garlic (allium sativum).

Daun Kesum RM3.80


Kesum leaves for cooking

Breast Paste RM17.00


To improve breast posture, firmness. elasticity and health.

Tepung RM2.70
Flour for cooking

Daun Limau Purut RM5.10


The kaffir lime , Citrus × hystrix , Rutaceae), is also known as combava, kieffer lime or limau purut is used for cooking.

Cili padi RM5.10


Red Chilli

Halia RM3.50


Ginger is the rhizome of the plant Zingiber officinale, consumed as a delicacy, medicine, or spice.

cinnamon / Kayu manis RM2.70


Cinnamon is a spice obtained from the inner bark of several trees that is used in both sweet and savoury foods.

Garam Bukit RM5.00


Mountain salt has many benefits compared to artificial salt. It is non toxic

Galangal


Galangal (galanga, blue ginger, laos) is a rhizome of plants in the ginger family Zingiberaceae, with culinary and medicinal uses originated from Indonesia. Malay: lengkuas.

Minyak Raban RM14.00


Hair tonic – improve hair growth.

Kopi Guarana (20 small packs)


Arabica Coffee mixed with guarana, goji berry and ginseng.

Lavender Body Wash RM7.00


Body wash

Facial Soap RM8.00


Facial soap made of Manjakani (oak galls).

Ubat Gigi Fitrah RM4.00


Tooth paste made of mint leaves

Syampu T3 RM7.00


Organic Tea Tree Hair Shampoo.

Ane’s Krim Uban RM36.80


To avoid grey hair
Saffron Syrup RM21.00 This drink is enriched with glucose, saffron, cardamom, fannel and sodium benzoite. Made of 100% saffron from Iran.

Manggo pekat RM8.90


Thick natural mango drinks.

Kopi Susu Kambing Goata Cafe RM13.30


Coffee with goat milk.

Teh Susu Kambing Goata Tea RM17.30


Coffee with goat milk.

Bismi Raf-raf RM5.00


Biscuit made of coconut, floor, salt, egg etc

Biskut coklat Choc Bite RM1.60


Chocolate biscuit

Susu Halib’s Penuh Krim RM25.00


Full Cream milk for babies

Biskut susu Milk Bite RM1.50


Milk biscuit

BiscuitS Delish RM5.90


Biscuit made of oat, floor, margarine, egg, etc

Oat RM29.00


Cereal made of oats

Kolagen fiber


Collagen, psyllium, pomegranate, pueraria lobata, manjakani (cuercus infectaria), Ubi bit merah (beta vulgaris) and kacip Fatimah (labisia pumela) to improve skin, beauty and youthful look.

Orange Flavoured Biscuit RM5.00


Orange biscuit
Chocolate Sesame


Sesame chocolate

Habbatus Sauda Drink


Nigella sativa drinks

Kordial Rumpai Laut RM9.00


Seaweed cordial

Minuman Saffron Sparkling RM2.50

KEGUNAAN :- Minuman Saffron Sparkling is a low pressured carbonated drinks made of saffron. It contains glucose that increase energy. This isotonic drink contains mountain salt for body health.

Bionik Super RM40.00


Coffee with herbs

Awet Muda (sachet) RM30.00


Anti aging drink

D’cornz Royalle


Energetic drink

Bioprune Junior


Hygienic drink

Air Mutiara RM3.00


Body cooling drink

Black Garlic Cappucino RM55.00


Garlic drink with cappuccino

Be7teen RM39.00


Cereal minuman oat

Hot Chocolate RM16.80


Minuman koko campur goji dll

SIDRATUL CORPORATION SDN. BHD
For Contract Manufacturing (OEM) or ordering, please contact
Mr. Zahidan Abd Aziz 019-5649016
Email: zahidana@yahoo.com

This design and packaging is for sample only. A new design/packaging can be customised for you. I.M.P is a registered and patented logo for Islamic Manufacturing Practice.

Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah

Untuk tatapan mereka yang tak sempat nak buka web wangcyber ni,  saya paparkan posting saya dalam www.wangcyber.com :

Tima kasih kerana banyak ilmu yang akan kita kongsikan dalam kolum ini, maklumlah masing masing ada pengalaman sendiri, jatuh bangun dalam perniagaan dsb…

Kalau ikut pengalaman saya, jauhkan riba’ kerana Allah telah berfirman bahawa riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)
Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.” (Al-Baqarah: 278)

Amalan riba’ ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki, rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya. Tetapi masyarakat kita telah diajar dengan riba’ dan memandang rendah terhadap perbuatan riba’. Asal pinjam je riba’. Dalam al-Quran juga dinyatakan bahawa orang yang terlibat dengan riba’ akan kekal di dalam api neraka (kecuali bertaubat).

Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia, semakin kurang orang membencinya dan sebagainya. Moga semua dapat tinggalkan riba’ dan banyakkan sedekah.. InsyaAllah rezeki melimpah ruah.

Multi Level Marketing Menurut Shariah.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Multi Level Marketing atau ML M, terlebih baik anda baca artikel berikut oleh Ustaz Zaharuddin dalam blognya. Ini kerana pada pandangan saya, terdapat beberapa isu yang dibincangkan yang penting untuk kita ketahui untuk memastikan jelas atau tidak perniagaan itu, halal atau tidak atau subhah… bagi memastikan rezeki yang kita terima itu bersih dari segala segi dan membawa barakah.

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM  Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM. Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Untuk mengikuti artikel sepenuhnya, klik sini; http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html#comments

Cara Bersih Wang Haram

Cara bersih wang haram

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Petikan dari myMetro

BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta fakir dan miskin.

Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.
“Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.
“Oo… bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka sebenarnya sungguh terkeliru.

Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat, ke manakah ia patut disalurkan.
Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal. Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi dan bukan ‘aini (jisim).

Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya. Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan Islam.

Haram Secara Hukmi
Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.
Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir dan miskin. Itulah konteksnya.
Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak keberkatan kehidupannya dan rezekinya.
Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan azab di akhirat.
Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.
Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.
Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.

Yang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan. Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit. Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim.
Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan wang berkenaan.
Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul.
Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat memerlukan.
Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam. Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram. Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.
Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya, jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas haram ini.
Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.
Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya.
Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung oleh negara dan individu.

Kesimpulan
Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya hadis nabi.
Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan, rasuah dan sepertinya.
Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah.
Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama ada individu atau kerajaan.
Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.
Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, fakir dan miskin.
Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.
Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.
Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, yakni menjauhi syubahah dan haram.
Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

From Youtube.com

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,971 other followers

%d bloggers like this: