HALANGAN REZEKI

Bab 1 Rahsia Rezeki: Apa Halangan Rezeki

Beberapa ebook berkenaan “rezeki yang datang mencurah-curah dari Allah atas kehendakNya.”

1.) Melakukan dosa, sama ada besar atau kecil.

Untuk memahami mengapa seseorang itu diberi rezeki yang luas sementara ada orang lain yang sempit rezekinya, maka kita harus memahami perkara-perkara yang menyebabkan rezeki dihalang. Antara perkara yang menyebabkan rezeki dihalang atau rezeki yang sempit ialah akibat melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil. Perkara ini boleh menyebabkan rezeki seseorang sempit atau disusahkan.

Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah pasti akan melimpahkan barakah dari langit dan bumi kepada orang yang beiman dan bertakwa. Ini termasuk rezeki yang melimpah ruah dan kehidupan yang baik.

 Antara perkara-perkara yang termasuk dosa besar ialah meninggalkan solat. Solat adalah tiang agama, maka sekiranya solat tidak dilakukan bermakna runtuhlah tiang agama tersebut. Jadi, orang yang meninggalkan solat tidak akan dikira amalan kebaikannya kerana perkara utama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah adakah sempurna solat seseorang. Jika sekiranya solat tidak didirikan atau tidak dilaksanakan dengan sempurna maka amalan seseorang akan tergantung dan beliau akan ditimpa kesusahan sama ada secara lahiriah atau batiniah yang tidak dapat kita lihat.

Mungkin kita lihat seseorang itu diliputi kesenangan dan kemewahan tetapi batinnya sengsara. Begitulah Allah mengadun perkara-perkara yang berlaku di dunia ini, iaitu mungkin di luarnya nampak senang, mewah dan gembira tetapi di batin, sengsara. Begitu juga kita nampak seseorang yang mendirikan solat dan melakukan amalan-amalan yang disuruh Allah, mungkin kelihatannya tidak kaya atau senang tetapi hidupnya penuh bahagia.

Dosa-Dosa Besar Menurut Imam Az-Zahabi

Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar: (Petikan)

  1. syirik (menyekutukan Allah),
  2. membunuh jiwa,
  3. sihir,
  4. meninggalkan solat,
  5. tidak membayar zakat,
  6. berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
  7. meninggalkan haji padahal ada kemampuan
  8. menderhakai ibu bapa,
  9. memutuskan hubungan kekeluargaan,
  10. zina,
  11. liwat,
  12. liwat kecil,
  13. riba’,
  14. memakan harta anak-anak yatim,
  15. berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah,
  16. melarikan diri dari medan perang,
  17. pemimpin penipu dan penganiaya rakyat,
  18. sombong dan sejenisnya,
  19. kesaksian palsu,
  20. minum minuman khamar,
  21. berjudi,
  22. menuduh wanita mukminah berbuat zina,
  23. ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat,
  24. mencuri,
  25. menyamun,
  26. sumpah palsu,
  27. memungut cukai,
  28. memakan barang haram,
  29. bunuh diri,
  30. banyak berdusta,
  31. hakim yang jahat,
  32. menerima rasuah,
  33. perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya)
  34. lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus),
  35. muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta),
  36. tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing,
  37. ria’
  38. menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu,
  39. khianat,
  40. mengungkit ungkit pemberian,
  41. mendustakan takdir,
  42. mendedahkan rahsia orang lain,
  43. mengadu domba,
  44. banyak melaknat,
  45. menipu dan mengingkari janji,
  46. membenarkan dukun atau tukang ramal,
  47. derhaka kepada suami,
  48. melukis gambar dan melukis,
  49. memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah,
  50. bertindak melampaui batas,
  51. bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang,
  52. menyakiti tetangga,
  53. menyakiti orng Islam dan mencela mereka,
  54. ancaman berbentuk kerosakan, penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang,
  55. menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka,
  56. isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong,
  57. memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki,
  58. hamba yang melarikan diri dari tuannya,
  59. menyembelih kerana selain Allah,
  60. menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri,
  61. berdebat dan bersengketa,
  62. menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya,
  63. mengurangkan timbangan dan ukuran,
  64. berasa aman dari murka Allah,
  65. berputus asa dari rahmat Allah,
  66. meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur,
  67. terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan,
  68. menyebabkan kerugian dalam wasiat,
  69. pembohongan dan tipu daya,
  70. mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka,
  71. mencela salah seorang sahabat nabi.

Renungkanlah adakah dosa-dosa ini masih lagi membelenggu anda atau anda telah bebas dari dosa-dosa tersebut…

2.)Tidak Beriman

Maka kita pun bertanya, berapa banyak orang orang kafir yang melakukan dosa yang Allah beri kekayaan dan kesenangan. Jawapannya ialah, Allah beri kepada sesiapa sahaja rezeki dan kekayaan atas sifat Ar-Rahman Nya, termasuk juga kepada orang kafir. Tetapi rezeki yang Allah berikan itu adalah atas kemurkaan Allah bukannya redha Allah. Maksudnya di sini ialah Allah beri kesenangan sementara sahaja untuk menguji seseorang itu dan di akhirat nanti orang kafir akan menderita.

Selain itu akibat tidak barakahnya rezeki yang mereka terima, rezeki itu sendiri yang akan melaknat mereka kerana harta dan kekayaan yang tidak barakah itu akan menyusahkan mereka dalam pelbagai bentuk. Contohnya, dengan kekayaan itu mereka membeli minuman-minuman berupa arak yang merosakkan minda mereka dan mereka ditimpa  bencana yang menyebabkan mereka tidak dapat merasai nikmat daripada harta tersebut, anak yang menderhaka dan sebagainya.

Hadith:
 Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” (Muslim)
 
Dengan Sifat RahimNya Allah, di samping memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan terhadap kebaikan yang telah dilakukannya ketika di dunia. Ini antara bezanya antara rezeki orang Islam dan kafir.

http://rahsiarezeki.com

http://rahsiasedekah.com

http://frekuensikaya.com

9 Komen (+add yours?)

  1. Norizan Mohd Rali
    Mei 29, 2012 @ 07:32:54

    maklumat yg sngt berguna..

    Balas

  2. Rizal
    Feb 14, 2013 @ 11:20:56

    Bagaimana orang beriman yang tidak melakukan ciri ciri diatas tapi masih rezekinya sempit. Walaupun habis usaha,berdoa dan taubat muhasabah diri masih lagi nasib tak berubah. Ustaz akan menasihati berkisar tentang, sabar, usaha, takdir,qada dan qadar, ujian Allah atau sebagai balasan untuk menyucikan walau tidak berbuat perkara tak baik. Bagi menenangkan diri akhirnya kita disuruh berdoa kerana Allah akan memakbulkan permintaan hambanya sedangkan ajal, jodoh dan rezeki telah ditentukan sejak di loh mahfuz. Ini kerana yang menasihati berbicara melalui pembacaan bukan pengalaman sebenar tanpa menempuh keadaan terlalu putus asa kerana semua usaha yang digariskan oleh ustaz-ustaz tidak berhasil…adakalanya bila nasihat sendiri tak dapat diguna bila ujian Allah yang amat berat menimpa diri penasihat sendiri…wallahualam. Tolong komen

    Balas

    • zahidana
      Feb 14, 2013 @ 12:11:58

      Assalamualaikum, sebagai pemilik blog, saya bukanlah orang yang amat layak untuk menasihati tuan. Walau bagaimanapun disebabkan tuan meminta komen, saya memberanikan menjawab atas kapasiti saya sebagai penulis buku. Mengenai cabaran dan ujian yang tuan hadapi, pada pandangan saya, itu bermakna Allah telah menguji tuan kerana tuan atas kesanggupan tuan menerimanya.

      Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

      Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Telah bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”

      Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).”

      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”

      Akhir sekali ada juga disebut di dalam hadis/ayat bahawa Allah hanya menguji kita berdasarkan kemampuan kita menerimanya sahaja. Dalam perkataan lain Allah tidak akan menguji seseorang hamba melainkan atas kemampuannya sahaja. Jika sekiranya kita dipilih untuk diuji bermakna Allah sudah mengetahui akan kemampuan kita untuk menerima ujian tersebut. Maka bersabarlah tuan mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan mengangkatkan darjat kita di sisi Allah. Wallahu A’lam.

      Balas

  3. Mohd Azwan Bin Mohd Buang
    Feb 16, 2013 @ 01:20:10

    Saudaraku Rizal,
    Sememangnya benar pepatah org2 tua ” Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul” setiap manusia pasti ada ujiannya yang tersendiri.Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang Allah janjikan syurga dan ma’sum dari dosa pun Allah timpakan ujian dalam perjalanan dakwah baginda.
    Ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap liku-liku dalam hidup ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekolah atau universiti pun. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Merasakan seakan-akan tiada jalan keluar dan tiada pengharapan lagi. Kita merasakan bahawa Allah tidak mendengar doa yang kita titipkan saban hari.

    Sebenarnya, kita insan yang serba lemah ini, seringkali jahil dalam mentafsir bagaimana Allah memakbulkan doa yang pernah kita lafazkan.

    Indahnya tarbiyah dari Allah.
    Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan.

    Ketika aku memohon kekuatan,
    Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
    Ketika aku memohon kebijaksanaan,
    Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
    Ketika aku memohon kesejahteraan,
    Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
    Ketika aku memohon keberanian,
    Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
    Ketika aku memerlukan cinta,
    Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
    Ketika aku memohon bantuan,
    Allah memberikan aku kesempatan,
    Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
    Tapi aku menerima apa yang aku perlukan

    Balas

  4. mona
    Nov 15, 2013 @ 16:25:16

    bersangka baiklah kpd Allah..

    Balas

  5. noraiza
    Dis 19, 2013 @ 14:46:58

    Assalamualaikum…wbt….klu kita menunaikan suruhan ALLAH dengan rasa kehambaan,perasaan takut miskin akan hilang dari diri kita.kerana kita yakin rezeki akan datang bila kita betul-betul memerlukan,itulah kelebihan ‘yakin’ kepadaNYA..tinggalkan apa apa saja yang kita rasakan ianya adalah dosa.insyaALLAH ALLAH Akan sentiasa memelihara kita,termasuklah dalam soal rezki,akan didatangkannya kepada kita tanpa disangka-sangka.

    Balas

  6. Arya Jun "BEST TRAINER"
    Jul 21, 2014 @ 16:39:24

    Balas

  7. Riyadoh Mendatangkan Uang
    Sep 05, 2014 @ 17:32:52

    Ikut nyimak

    Balas

  8. Mommyputri
    Okt 05, 2014 @ 02:28:50

    Tq ats ilmu yg dikongsi. Sgt2 brmanfaat.

    http://www.sihatgojes.blogspot.com

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,915 other followers

%d bloggers like this: