KAYA DIREDAI ALLAH

Dalam Islam, kita disuruh untuk berusaha dan tidak menyerah nasib bulat-bulat kepada Allah sedangkan kita belum berusaha lagi. Tidak ada ertinya kaya tapi dalam keluarganya penuh dengan khianat dan maksiat. Ketenangan juga tidak akan diperolehi dalam keluarga yang meninggalkan suruhan Allah, tidak mengamalkan kehidupan Islam hakiki.

Dalam mencari rezeki dan kekayaan, ada ketikanya kita lupa untuk menyemak sama ada cara kita itu betul atau tidak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana, maklumlah kita telah diperintah oleh British sejak beratus tahun, dan kalau nak di kira dari pemerintahan Portugis sudah lebih 500 tahun, jadi unsur-unsur yang bukan Islam itu telah menjadi darah daging. Idea dan dasar Machiaveli iaitu “Matlamat menghalalkan cara” masih menjadi ikutan kita.

Kita rasa bangga berpegang pada Tsun Tze Art or War iaitu seni berperang – asalkan menang. Tak kita sedari bahawa perkara itu adalah bertentangan dengan Islam dan, tubuh dan anggota kita akan disoal di depan Allah Rabbul Jalil di Padang Mahsyar.

Banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang halal-haram dan syarat syarat untuk mencari rezeki yang diberkati dan diredhai Allah. Untuk mengetahui lebih terperinci bukalah http://rahsiarezeki.wordpress.com Berikut ini diberikan beberapa ayat dan hadis yang menerangkan tentang bagaimana mencari rezeki seperti yang di kehendaki Allah.

Meninggalkan yang Dilarang dan Berhati-Hati dalam Perkara Syubhat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang

menimbulkan keraguan (perkara-perkara syubhat).” H.R. at-Tarmizi

Mencari Rezeki Halal dan Berbelanja dengan Sederhana

Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini

tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah s.w.t. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar

 

Mencari Rezeki Yang Halal

Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapatdiperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”  H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani

The name of الله Allāh, written in Arabic call...

Image via Wikipedia

TIAP SESUATU BERMULA DENGAN NIAT.

Ingin tahu cara untuk mencapai tujuan anda secara terancang? Ikuti panduan berikut: Catatkan apa yang anda mahukan. Senaraikan. Niatkan bahawa anda ingin mencapai apa hajat anda. Ini adalah berhubungan dengan  psikologi – ANDA AKAN MENDAPATKAN APA YANG ANDA FOKUSKAN.  Jelaskan matlamat anda. Fokuskan matlamat yang terpenting. Apa yang anda catatkan itu akan menjadi niat atau matlamat anda – supaya anda tidak lari dari tujuan utama anda.

Ingatlah, apa yang anda catatkan sebagai niat anda, ia sebenarnya merangsang saraf dan sel otak dan ingatan anda, menjadi impian anda yang dan merupakan panduan bagi anda untuk bertindak. Otak anda hebat. Ingat. Berbillion sel dalam otak anda akan memandu anda untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan.

Untuk Manfaat Seluruh Alam

Apabila anda membaca buku ini, niat kena lah betul. Kalau niat anda tak betul, sia-sia sahajalah perbuatan anda. Setiap amal seseorang adalah di kira daripada niatnya. Sekiranya niatnya betul, maka betullah perjalanannya. Dalam hal ini, niat anda untuk kaya mestilah betul dan waspada sekali.

Apa salahnya jika anda niatkan kaya untuk manfaat seluruh alam, untuk kebaikan keluarga anda, masyarakat taman anda, negeri anda dan seluruh dunia? Selagi kaya anda, selagi banyak anda boleh sumbangkan untuk kebaikan sejagat, lagi banyak anda boleh berderma, berfisabilillah, berjihad dan bantu-membantu sesama anda. Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa “Tiap sesuatu bermula dengan niat…”

7 Komen (+add yours?)

  1. Nur Amirah Husna Rosnan
    Feb 02, 2012 @ 10:38:02

    semuanya allah yg tahu……….kita hanya perlu berdoa utk kesejahteraan dan keharmonian kita……..

    Balas

  2. susuibu
    Feb 15, 2013 @ 16:02:01

    Saya amat setuju dengan pendapat anis. Setiap apa yang kita lakukan perlukan niat yang betul dan disertai dengan zikir. Selepas berusaha kita tawakal dan mohon agar dikurniakan rezeki yang halal..

    Balas

  3. Derry Ardiansyah
    Feb 18, 2014 @ 09:43:22

    InsyaAllah sukses cba buka link ini
    http://vsicenter.com/?reg=ovels90
    Yakin sukses baca dengan teliti

    Balas

  4. ctnur
    Apr 29, 2014 @ 12:11:19

    bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan kena ikhtiar sehabis baik..nak berzikir pun kena ikhtiar dan istiqomah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,951 other followers

%d bloggers like this: