REZEKI MELIMPAH RUAH

Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya.  Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki.  Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.

 

Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

http://rahsiarezeki.com

35 Komen (+add yours?)

  1. rahmat
    Jul 04, 2011 @ 01:29:06

    semoga artikel ini.menjadi motivasi bagi kita.untuk terus berusaha dan berdoa.kepada yang maha kuasa.semoga apa yang kita inginkan akan di kabulkan.

    Balas

  2. Nor Ansar
    Okt 01, 2011 @ 02:23:35

    terbaik

    Balas

  3. azri bin ismail
    Nov 04, 2011 @ 14:00:00

    allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..

    Balas

  4. zahidana
    Nov 30, 2011 @ 18:58:21

    terima kasih semua pengunjung.

    Balas

  5. aini
    Jan 13, 2012 @ 16:16:50

    terima ksh utk perkongsian ilmu yg amat berguna

    Balas

  6. fidah
    Jan 17, 2012 @ 11:49:45

    Thanks so much for sharing……………..found inner peace beyond words………

    Balas

  7. Azrina Husna
    Jan 18, 2012 @ 09:20:56

    insyaalah ,,dengan keizinan nya rezeki akan bertambah…

    Balas

  8. nomen nocry(norsalbiah suleiman)
    Jan 30, 2012 @ 15:52:40

    semoga manusia ingat akan kehidupan duniawi..dan sentiasa ingat yang baik semuanya datang dari Allah . allahhuakhbar..=)

    Balas

  9. yosfofi
    Feb 17, 2012 @ 23:20:00

    semoga Allah melimpahkn berkah,kurnia dan rezeki kpd mereka yg beramal dgn ayat di atas.. amin.

    Balas

  10. M Azman Azman Shah
    Mac 13, 2012 @ 07:17:49

    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya.

    Balas

  11. Rasimah M. Ali
    Mac 30, 2012 @ 13:59:46

    semoga usaha ini mendapat berkah dariNya.amin

    Balas

  12. Azam
    Mei 04, 2012 @ 21:29:16

    Kenapa kebanyakan masalah berkaitan dengan rezeki?

    Balas

  13. Zakaria
    Jun 12, 2012 @ 11:44:15

    Salam,

    Allahamdulillah, artikel ini telah memberi pedoman kepada saya dan seluruh pembaca, terutamanya kepada umat islam. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang / umat itu, kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya. Insyallah berusaha dengan tekun, ikhlas dan bertawakal akan dipermudahkan rezeki, – barakah.

    Terima-kasih tuan kerana memberi sumbangan ilmu yang berguna kepada seluruh umat di muka bumi ini.

    Balas

  14. aris
    Jan 15, 2013 @ 21:45:38

    intinya kejar akhirat dunia didapat

    Balas

  15. nordinmahali@yahoo.co
    Feb 08, 2013 @ 12:21:07

    Inshyaallah jika sentiasa di praktikkn akan mendatangkn menfaat pada kita

    Balas

  16. mawar
    Apr 14, 2013 @ 12:33:29

    terima kasih atas artikel yg baik ini

    Balas

  17. Trackback: Fish Market | masterkiddiesmasterchefs
  18. amir nordin
    Jun 10, 2013 @ 10:32:08

    ya Allah..bukakanlah pintu rezeki ku, amin..

    Balas

  19. gus walet
    Jun 14, 2013 @ 21:53:57

    good

    Balas

  20. lilik
    Jul 08, 2013 @ 14:18:54

    aku akan menjadi umatmu yang taat agar aku mendapatkan rahmat dan hidayah darimu…
    mudahkanlah rizki kepada kami ya alloh dan jadukan istriku sebagai penyemangat perjalanan hidupku… amiien!!!

    Balas

  21. http://saridahsenin.blogspot.com
    Jul 12, 2013 @ 06:44:56

    Ya Allah, murahkanlah rezeki aku…permudahkanlah jalan hidup aku… kuatkanlah semangat aku… jadikanlah aku insan yang berjaya dunia dan akhirat… amin…

    Balas

  22. ahmad
    Okt 25, 2013 @ 08:16:09

    suara burung berkicau yg indah umpama bicara manusia yg baik dan tidak menyakiti org lain.. dan kibasan sayap yg tanpa henti sebagai kerja keras yg sekuat kita adalah ibadah… kenyang arti nya cukup/ikhlas apapun hasilnya… tidurpun nyenyak ketika pulang.. pahala di sisiNYA pun dapat.. berkat sudah pasti…

    Balas

  23. Yudi pratama
    Okt 28, 2013 @ 04:14:13

    Ya Alloh kuatkanlah iman ku…

    Balas

  24. eda
    Nov 06, 2013 @ 11:51:37

    terima kasih…artikel ini banyak menyedarkan saya…

    Balas

  25. Linz
    Dis 17, 2013 @ 16:03:01

    Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ini..semoga kita semua diberi kelapangan dan Rezki dariNya dengan sentiasa memperbaiki dan menguatkan amalan rohani kita kepadaNya….

    Thanks atas perkongsian semua….

    Balas

  26. noraiza
    Dis 19, 2013 @ 15:14:14

    assalamualaikum semua hamba-hamba ALLAH,Termasukla saya sendiri pun hamba ALLAH juga,hidup ini hanyalah ujian supaya nanti untuk ALLAH buktikan siapakah diantara hamba hambanya yang telah menurut perintahnya dan siapakah golongan hambanya yang ingkar….rezeki yang diberi semasa hidup di dunia ini hanyalah sementara,hendak tak hendak terpaksa kita akan meninggalkannya bila tiba masanya…..antara rezki dan syurga,pastilah ku memilih syurga…..xnak syurga ke?…rasanya xde orang yg x nak syurga…manakan dunia lebih indah dari syurgaNYA….rasa mcm nk masuk syurga terus je…he…he….

    Balas

  27. Mai Awang
    Apr 03, 2014 @ 16:52:37

    terima kasih….penulisan yang baik……

    Balas

  28. susuibu
    Apr 10, 2014 @ 14:07:43

    Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian artikel yang sangat menarik dan memberi kesedaran yang mendalam buat saya

    Balas

  29. YOYOK
    Mei 21, 2014 @ 19:32:18

    allhamdulillah sungguh indah nikmatMU YA ALLAH

    Balas

  30. hjh sofia
    Jun 02, 2014 @ 13:03:06

    semoga artikel ini dapt memberikan menfaat kepada semua pembaca dan banyak syukuran kepada pengirim moga Allah memberikan rahmat dan rezeki yang melimpah kepadanya aamiin.

    Balas

  31. az
    Jun 23, 2014 @ 12:20:12

    terima kasih berkongsi ilmu..

    Balas

  32. qurrattu aini
    Jul 13, 2014 @ 14:37:34

    mdapat sikit tenangan jiwa apabila mbacanya…tq

    Balas

  33. mommyputri
    Okt 23, 2014 @ 17:57:44

    terima kasih atas perkongsian.. Subhanallah..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,916 other followers

%d bloggers like this: