Doa Itu Intipati Ibadat

Doa Itu Intipati Ibadat

Kita digalakkan banyak berdoa kerana Allah sangat menyukai orang yang berdoa terutama pada waktu 2/3 (dua pertiga) malam kerana pada waktu itu doa dimakbulkan.

Tlg LIKE link di bawah untuk baca semua posting menarik.

http://www.facebook.com/rahsiarezeki

Boleh Share n LIKE. T. Kasih

Image

Orang yang Menujukan Permohonannya Hanya Kepaa Allah

Orang yang Menujukan Permohonannya Hanya Kepaa Allah

Memohon Hanya Kepada Allah, bukan yang selainNya.

http://www.rahsiarezeki.com

Image

Doa Yang Tidak Ditolak

Berdoa adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan. Allah menyuruh kita berdoa seperti terdapat dalam al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah: 186)
Ada beberapa situasi berdoa yang tidak ditolak oleh Allah dan ada doa yang dijanjikan akan dimakbulkan. Berikut ini ialah beberapa keadaan iaitu doa tidak ditolak:

Doa Tidak ditolak

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif)

Sabda Rasulullah; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa – ketika berbukanya – doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]

Berikut ini ialah doa-doa yang dijanjikan makbul:

Doa Yang Dimakbulkan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah ditanya Rasulullah s.a.w.  yang maksudnya: “Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah solat fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Malam Lailatulqadar. Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :

“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda. Artinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. [Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

Dan Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-sahihkan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).

www.rahsiarezeki.com

Doa Kaya Dalam Solat

Wan Zuhaimi’s Photos – Wall Photos

Maksud bacaan duduk antara 2 sujud: “Ya
Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikanlah daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku” – Dalam solat pun kita berdoa nak jadi
kaya….murahkan rezeki kita.. bila peluang dah ada…kenapa
masih beralasan??….

 

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Waktu Mustajab untuk Berdoa

Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1. Malam Lailatul-Qadar.

2. Ketika hujan lebat.

3. Ketika akan dan setelah selesai solat.

4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

5. Sepanjang bulan ramadhan.

6. Di antara azan dan iqamah.

7. Ketika sujud dalam solat.

8. Ketika iktidal akhir dalam solat.

9. Ketika khatam (tamat) membaca 30 Juz al-Quran.

10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur/sholat malam).

11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillAllah.

13. Doa sebelum berbuka puasa.

Pada waktu yang disebut di atas ini, hendaklah kita banyak berdoa kerana apa yang tersebut di atas ini terdapat dalam keterangan hadis.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci,bacalah ebook ini untuk mengetahui aspek tersebut lebih mendalam. “Mengapa Tertutupnya Pintu Rezeki: Bagaimana Mendatangkan Rezeki Lumayan.”

http://www.rahsiarezeki.com

Petikan dari buku Rahsia Rezeki

http://www.rahsiarezeki.com

Bab 14

Rezeki dalam Bentuk Buah Buahan

Rezeki dalam Bentuk Buah Buahan

Rajin bersedekah.

“Carilah rezeki dengan bersedekah.” Saidina Ali k.w. pernah menyatakan. Petikan  ini menerangkan kepada kita bahawa dengan bersedekah, rezeki seseorang itu dimurahkan.

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan apa-apa suatu yang kamu belanjakan, maka Dia akan menggantikannya; dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Saba’: 39)

Amalan bersedekah juga berkekalan hingga ke akhirat, seperti mana terdapat keterangan dalam hadis, “Apabila telah meninggal anak Adam, maka putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara: Pertama, sedekah jariah; kedua, Ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga adalah anak yang solih yang mendoakan (kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal).

Sebaliknya pula bagi orang yang tidak mahu bersedekah atau kedekut, Allah telah menyediakan balasan berupa kesukaran dan azab. “ Dan adapun orang-orang yang kedekut dan merasa dirinya cukup (bebas), dan mendustakan pahala yang terbaik, maka untuknya Kami akan menyiapkan  (jalan) yang sukar. Sedang hartanya tidak berguna baginya apabila dia binasa.” (Al-Lail: 8 – 11)

Walau bagaimanapun hendaklah kita bersedekah dengan ikhlas kerana berdasarkan firman Allah yang bemaksud: “Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Al-Mudathir: 6.)

Marilah kita mengambil iktibar dari ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhamad s.a.w tentang kebaikan bersedekah dan lazimkanlah diri kita untuk bersedekah. Sebagai maklumat dan pengetahuan kepada kita, orang Melayu yang terkaya di Malaysia pada waktu ini menurut maklumat yang diperolehi, telah mendirikan 12 buah masjid sebagai sedekah.

http://www.rahsiarezeki.com

Petikan dari buku Rahsia Rezeki

http://www.rahsiarezeki.com

 

 

Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati

Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah dan Diberkati               

Bab 12. Menghubungkan silaturrahim.

 

Menghubungkan silaturrahim merupakan antara perkara atau amalan yang boleh meningkatkan rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (H.R. Imam Bukhari dari Abu Hurairah.)

Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar.)

Orang yang selalu menolong saudaranya akan ditolong oleh Allah. Rasulullah telah bersabda bahawa: “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”

Begitulah besarnya kesan bersilaturrahim kepada penambahan rezeki, maka oleh yang demikian, jika kita ingin rezeki kita dilapangkan maka peliharalah atau jagalah hubungan silaturrahim.

Bagaimana ingin bersilaturrahim?

Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kefahaman kita terhadap erti silaturrahim?

Kita sering memahami secara umum bahawa silaturrahim bererti mengwujudkan hubungan kekeluargaan atau melalui perkahwinan sahaja. Sebenarnya erti itu terlalu sempit. Apa yang dimaksudkan dengan silaturrahim ialah memberikan apa sahaja yang mungkin diberikan dalam bentuk kebaikan dan menolak sebarang bentuk keburukan (kepada kerabat terdekat) baik melalui harta, perbuatan, tingkah laku atau selainnya.

Imam Ibnu Abu Jamrah berkata: “Silaturrhim itu boleh dengan harta, dengan memberikan keperluan mereka, dengan menolak keburukan dari mereka, dengan wajah yang berseri-seri serta dengan doa.”

Lakukanlah apa sahaja kebaikan sama ada menghubungi saudara mara anda, membantu mereka yang sangat memerlukan anda dari segi harta benda atau khidmat pertolongan anda terutamanya yang berada dalam kesusahan termasuk doa.

Tetapi berhati-hatilah dengan ahli maksiat, kerana Allah berfirman: “Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka.” (Al-Mujadalah: 22)

www.rahsiarezeki.com

www.mybrilliante.wordpress.com

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,951 other followers

%d bloggers like this: