Petikan dari buku Rahsia Rezeki

http://www.rahsiarezeki.com

Bab 14

Rezeki dalam Bentuk Buah Buahan

Rezeki dalam Bentuk Buah Buahan

Rajin bersedekah.

“Carilah rezeki dengan bersedekah.” Saidina Ali k.w. pernah menyatakan. Petikan  ini menerangkan kepada kita bahawa dengan bersedekah, rezeki seseorang itu dimurahkan.

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan apa-apa suatu yang kamu belanjakan, maka Dia akan menggantikannya; dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Saba’: 39)

Amalan bersedekah juga berkekalan hingga ke akhirat, seperti mana terdapat keterangan dalam hadis, “Apabila telah meninggal anak Adam, maka putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara: Pertama, sedekah jariah; kedua, Ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga adalah anak yang solih yang mendoakan (kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal).

Sebaliknya pula bagi orang yang tidak mahu bersedekah atau kedekut, Allah telah menyediakan balasan berupa kesukaran dan azab. “ Dan adapun orang-orang yang kedekut dan merasa dirinya cukup (bebas), dan mendustakan pahala yang terbaik, maka untuknya Kami akan menyiapkan  (jalan) yang sukar. Sedang hartanya tidak berguna baginya apabila dia binasa.” (Al-Lail: 8 – 11)

Walau bagaimanapun hendaklah kita bersedekah dengan ikhlas kerana berdasarkan firman Allah yang bemaksud: “Dan janganlah engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Al-Mudathir: 6.)

Marilah kita mengambil iktibar dari ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhamad s.a.w tentang kebaikan bersedekah dan lazimkanlah diri kita untuk bersedekah. Sebagai maklumat dan pengetahuan kepada kita, orang Melayu yang terkaya di Malaysia pada waktu ini menurut maklumat yang diperolehi, telah mendirikan 12 buah masjid sebagai sedekah.

http://www.rahsiarezeki.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: