KEBERKATAN KELUAR DARI LANGIT DAN BUMI

Keberkatan Keluar dari Langit dan Bumi

Allah telah berfirman dalam Al-Quran bahawa jika penduduk dunia ini beriman dan bertakwa, nescaya keberkatan akan diturunkan ke atas mereka. Firman Allah yang bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri ini beriman dan bertaqwa, nescaya Kami bukakan keberkatan kepada mereka yang keluar daripada langit dan keluar daripada bumi” (Al-A’raf: 96) Beriman kepada Allah dan bertakwa (menuruti segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarangNya) adalah sebab turunnya keberkatan dan rezeki dari Allah.

Mengapakah kita melihat seperti keberkatan tidak keluar-keluar sehingga ke saat ini. Lihatlah dunia kini. Kegawatan, kemelesetan, peperangan, gempa bumi, bangunan runtuh, anak-anak muda berpeleseran meninggalkan akhlak di belakang mereka, maksiat, arak dan judi berleluasa. Mengapa perkara ini berlaku?

tanah runtuh

Adakah Gempa Bumi dan Tanah Runtuh Hanya Sebagai Fenomena Alam? Tak Lebih Dari Itu?

Jawapannya cliché sekali kerana inilah yang diberi oleh sesiapa pun terutama ceramah di masjid masjid: ‘Kurang didikan Agama.’ Tetapi, persoalannya adakah anda mengambil iktibar daripada jawapan itu?  Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau tiada, ini masanya untuk anda berubah. Impikan dunia yang aman, selesa, harmoni, saling kasih mengasihani, saling menghubungkan silaturrahim dan banyak lagi amalan untuk mendatangkan keberkatan. Dengan adanya keberkatan, rezeki melimpah ruah, Negara aman, tiada rusuhan, manusia berlumba melakukan kebaikan.

www.rahsiarezeki.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: