Kelebihan Mendirikan Masjid

Ganjaran menghadirkan diri ke masjid seperti hadis di bawah adalah sangat besar sehingga dianugerahi tempat di syurga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., dari nabi s.a.w., baginda bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.” H.R. Bukhari

Dalam hadis yang lain, ada disebut bahawa ganjaran orang yang membangunkan masjid ialah bahawa Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga. Dari Muhammad bin Labid r.a. katanya: “Ketika Usman bin Affan bermaksud hendak merombak masjid (Madinah), orang ramai tidak setuju. Mereka lebih suka membiarkannya sebagaimana adanya. Maka berkata Usman bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, maka Allah akan membuatkan untuknya rumah seperti itu di syurga.” H.R. Muslim

Orang yang membina masjid mempunyai ganjaran besar di sisi Allah. Allah akan memberi sebuah mahligai baginya di syurga.

2 Komen (+add yours?)

  1. Pian
    Mar 23, 2011 @ 19:51:14

    Salam tuan, mohon untuk memetik hadis yang disiarkan di laman tuan.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: