ALLAH MEMBERI KEKAYAAN JIKA TAKUT KEPADA NERAKA

Berikut ini diberikan beberapa panduan dan dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan dan kekayaan. Dekatkan diri anda dengan Islam kerana Allah akan memberi beberapa kelebihan baik di dunia mahupun di Akhirat.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Allah Memberi Kekayaan Jika Seseorang  Memohon PadaNya.

Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Sesiapa yang jatuh miskin, kemudian dia minta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan kemiskinannya. Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberinya kekayaan segera.” H.R. Abu Daud

Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” H.R. At-Tabrani

Curahkan Waktu Untuk Beribadat Kepada Allah

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-Ku; jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Doa, redo, tawakal merupakan senjata orang Mukmin

Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah Ruah

Firman Allah “Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16

Bersifat Qanaahlah (Mencukupi), Engkau Akan Kaya

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, bersifat qanaahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Pemberian Allah Kepada Kita Adalah Menurut Sebanyak Mana yang Kita Beri Kepada Orang Miskin

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku. Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Redo Dengan Apa yang Ditetapkan Allah

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Sesiapa yang redo akan bahagian yang telah Ku-tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang datang mengerjakannya, meski pun ia tidaki menghendakinya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

http://frekuensikaya.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: