IMAGINASI ATAU ILMU?

Kalau menurut falsafah Barat, imaginasi adalah lebih penting dari ilmu. (Imagination is more important than knowledge – Albert Einstein, Penerima Anugerah Nobel untuk Fizik)

 

Lihatlah bagaimana imaginasi anugerah Allah berfungsi terhadap diri kita… Kalau kita fikir tentang “otak” kita sahaja yang mempunyai lebih kurang 10 ke 15 bilion sel neuron. Bila sel sel neuron ini bergabung (bercantum melalui synaps,) terhasillah pelbagai kreativiti, imaginasi dan ciptaan yang luarbiasa yang kita lihat hari ini.  Cuba fikirkan, telefon, sebelum diciptakan. Perkara itu tentulah telah ada dalam kotak fikiran Alexander Graham Bell, melalui imaginasi beliau, hasil kreativiti beliau, kajian demi kajian, kegagalan demi kegagalan yang beliau lalui sepanjang usia beliau, barulah beliau mendapat ilham hingga tercipta alat komunikasi tersebut. Kini kita semua terhutang budi dengan beliau.

Alexander Graham Bell with his family and frie...

Graham dengan ahli keluarganya di Nova Scotia. Imej dari Wikipedia

Kemudian, fikirkan bagaimana Thomas Alva Edison mencipta filamen yang pertama setelah membuat ujikaji sebanyak lebih seribu (1,000) kali percubaan dan gagal. Setelah penat lelah, barulah terhasil lampu filamen yang pertama. Daripada telefon dan elektrik ia berkembang peringkat demi peringkat sehinggalah hari ini kita dapati terciptanya computer processor unit (cpu), palm top, laptop dan pelbagai aplikasi internet.

Bagaimana manusia yang dijadikan Allah ini boleh mencapai kejayaan yang begitu gemilang? Tentu ada formulanya. Ada yang mencapai jalan pintas dan ada yang terpaksa melalui kesusahan demi kesusahan dan menghabiskan sepanjang usianya. Yang mengetahui formulanya, InsyaAllah akan dapat jalan yang cepat dan lebih mudah. Anda inginkan formula tersebut yang dikatakan apa saja yang anda ingin capai, tertakluk kepada apa yang anda impikan, imaginasikan dan doakan?

Petikan dari Ebook Frekuensi Kaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: