Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah

Untuk tatapan mereka yang tak sempat nak buka web wangcyber ni,  saya paparkan posting saya dalam www.wangcyber.com :

Tima kasih kerana banyak ilmu yang akan kita kongsikan dalam kolum ini, maklumlah masing masing ada pengalaman sendiri, jatuh bangun dalam perniagaan dsb…

Kalau ikut pengalaman saya, jauhkan riba’ kerana Allah telah berfirman bahawa riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)
Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.” (Al-Baqarah: 278)

Amalan riba’ ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki, rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya. Tetapi masyarakat kita telah diajar dengan riba’ dan memandang rendah terhadap perbuatan riba’. Asal pinjam je riba’. Dalam al-Quran juga dinyatakan bahawa orang yang terlibat dengan riba’ akan kekal di dalam api neraka (kecuali bertaubat).

Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia, semakin kurang orang membencinya dan sebagainya. Moga semua dapat tinggalkan riba’ dan banyakkan sedekah.. InsyaAllah rezeki melimpah ruah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: