Dengar Terjemahan al-Quran dalam BM

Salam semua pembaca,

Salah satu  yang saya temui baru-baru ini ialah kaedah untuk mendapatkan ilmu dari al-Quran yang begitu hebat. Saya telah memasang dari USB yang berbentuk rakaman dari CD tentang terjemahan al-Quran dari juz pertama hingga akhir secara berulang-ulang. CD ini ada dijual di beberapa tempat berjudul Murratal al-Quran dan ada beberapa qari seperti Syeikh Rashid al Afasi, Al Matrud, Abdul Rahman as-Sudais, al-Ghamidi dll. Walaupun kita sedang bekerja, al-Quran dan terjemahannya tersebut berkumandang di udara dan masuk ke dalam ronga telinga kita menusuk ke hati dan dirakam oleh otak.

Gambar hiasan sahaja.

Benar-benar, bacaan terjemahan ini membuka hati kerana dibaca dalam bahasa Melayu yang diterjemah dari Bahasa Arab dan al-Quran terjemahan tersebut diluluskan oleh Jabatan Agama Islam. Selama ini tidak ramai yang memahami Bahasa Arab jika dibaca terus dari al-Quran. Maka cara ini telah membuka peluang kepada yang tidak mahir berbahasa Arab dan untuk golongan layman yang tidak berpendidikan khusus dalam agama Islam tetapi berhasrat untuk mendalami makna al-Quran. Tidak dinafikan kita juga perlu berguru disamping kita mendengar terjemahan ini. Walau bagaimanapun ia sangat menyusuk qalbu apabila mendengar bacaan tersebut terus dari al-Quran dan kita memahami maknanya. SELAMAT MENCUBA…

2 Komen (+add yours?)

  1. Lynn
    Apr 16, 2014 @ 09:22:21

    Assalamualaikum,

    Saya memang dah lama nak mencari cd yg memperdengarkan terjemahan Al-Quran sahaja (kalau diselitkan dengan kisah-kisah dalam Al-Quran tu pun ok jugak). Kalau tuan boleh bagi perincian bagaimana untuk mendapatkannya alangkah bagusnya. Terima kasih

    Balas

  2. unitamanahislamik14
    Jun 10, 2015 @ 08:37:14

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: