Qiamullail dan Solat Malam Tanda Bersyukur

Syukur kepada Allah kerana limpah rahmat dan nikmat (ni’mat) yang diterima sehingga kini. Itulah tanda kebesaran Allah yang Maha Kaya kerana kurnianya kepada kita yang tidak ternilai. Segala rezeki yang kita terima sehingga dah berpuluh tahun kita hidup tak pernah putus, tidak pernah kering, malah hari demi hari bertambah-tambah nikmat yang kita terima.

Dengan rasa syukur itulah yang menyebabkan  rezeki kita  bertambah lagi. Allah telah berjanji – “Sesiapa yang bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat (ni’mat) yang ada padanya..”  Bagaimana tanda kita bersyukur. Di dalam sebuah hadis ada disebut bagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersyukur dengan membanyakkan solat tahajjud dan berjaga malam (qiamullail) sehingga bengkak kaki baginda. Apabila Aisyah bertanya tidakkah baginda termasuk orang yang telah diampunkan dosanya dan dijamin masuk syurga, Nabi menjawab “Apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur”  Hadis penuhnya; “Rasulullah s.a.w. menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda s.a.w., apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur.”  (Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah)

Solat

Jadi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa bersolat itu adalah antara cara terbaik untuk bersyukur sebagaimana amalan nabi membanyakkan solat. Menyentuh tentang solat ini, diantara amalan yang amat terpuji ialah solat tahajjud atau amalan qiamullail (berjaga malam.) Dalam hadis riwayat Termizi:  Rasulullah bersabda, “Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa dan mengusir penyakit daripada tubuh.”

Qiamullail juga merupakan sebab untuk memasuki syurga. Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Rasulullah bersabda, “Sebarkanlah salam, berikanlah makan, rapatkanlah hubungan, bersolatlah pada waktu malam semasa manusia tertidur dan kemudian masuklah ke dalam syurga dengan kedamaian.”

Daripada Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi, Rasulullah bersabda, “Semulia-mulia umatku adalah para penghafal al-Quran, ahli-ahli al-Quran dan orang yang menggunakan malam  mereka bagi beribadah.”

Riwayat Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika sepertiga malam pertama berlalu. Dia kemudiannya menyatakan: ‘Aku adalah raja, aku adalah raja. Siapakah yang berdoa kepadaku? Tentu Aku kabulkannya. Siapakah yang meminta daripadaKu? Tentu aku memberikannya. Siapakah yang meminta ampun daripadaKu? Tentu Aku mengampuninya.’ Maka Dia sentiasa demikian hingga fajar bersinar.”

Dalam surah Az-Zariyat:17 ada disebut: “ Penghuni syurga itu sewaktu di dunia, mereka sedikit  sekali tidur pada waktu malam.”

www.rahsiarezeki.com

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: