Remaja yang Sentiasa Ingatkan Ibu

Remaja yang Sentiasa Ingatkan Ibu

Petikan dari
FB:Fauziah Ahmad Daud

Kalau di tanya kpd saya siapa pelakon generasi baru yg saya kagumi?
Jawapan saya..Syafie Naswip.
Dari mula saya menonton beliau dlm Mukhsin, saya terus jatuh hati dgn kejujuran lakonan beliau..
Kalau saya diberi peluang saya ingin sgt nak digandingkan dgn beliau..
Syafie..tahniah diatas kemenangan di FFM 25 malam ini..
Teruskan perjuangan Syafie dlm senilakon kerana Syafie
sememangnya telah dianugerahkan bakat dlm bidang lakonan..
I am so happy for you Syafie..

Saya baru terbaca artikel ini mengenai Syafie Naswip..
I am touched..

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Contributed by Shima @ Hulu Langat

Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem
Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak
berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan
gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi
bersama ibu yang dikasihi.
“Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat,” adunya tatkala Kak Tim
bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas
untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama
anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
“Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar,” jelas Syafie selamba.

“Bapa kerja apa?” Tanya Kak Tim.
“Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga,” tulus dan bersahaja dia menjawab.
“Tak sekolah?” Tanya Kak Tim lagi.
“Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu
tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
“Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu,
saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga,” kata Syafie.
“Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.
Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival.”
Begitu cerita Syafic panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafic merupakan orang
pertama sampai di Finas. “Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya
tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak.”
Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak,
Syafie tidak turut serta.
“Dia tertinggal duit,” bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di
kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
“Tak apa. Saya dah biasa macam tu,” kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu
masalahnya.
“Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba
Nek Mah bagi saya RM50.” Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.
Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim
tengok Syafic membeli sebiji limau bali.
“Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan,” katanya
tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk
ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman
sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.

————————————————————————————————————

Gambar Terbaru: Menerima Anugerah FFM22.

Anugerah 2012

Anugerah 2012syafie2

Image

2 Komen (+add yours?)

  1. Jefry
    Mar 04, 2013 @ 15:44:32

    Luar biasa, seorang remaja yang bisa menginspirasi kita semua

    Balas

  2. zahidana
    Mar 10, 2013 @ 00:28:54

    Saya pos berkali-kali cerita ini sbb suka sgt dan terharu dengan kejayaannya sedangkan dia dari keluarga yang bukan orang senang. Dia tahu harga diri dan menyembunyikan kekurangannya, tahu respek orang, hormat, mengenang jasa ibubapa dan berusaha untuk kemajuan diri. Dia sebagai model remaja yang berbakat, sebagai motivasi kepada anak-anak lain. Moga dia teruskan kebaikannya.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: