Menjadi Usahawan Secara Kebetulan…

Usahawan adalah satu profesion yang dipandang tinggi. Mereka mempunyai pengaruh yang besar untuk menentukan maju mundurnya sesebuah negara. Mereka hebat kerana mereka boleh mengesan permintaan pengguna dengan begitu tepat.

20150204_152857

Menurut Kamus Dewan, usahawan ialah orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan. Keusahawanan pula ialah (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.

Selain mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan masyarakat mereka juga menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Usahawan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kreativiti kehidupan. Mereka mampu untuk mencipta sesuatu produk, pakaian, makanan dan keperluan manusia. Mereka membantu kita untuk meneruskan  kehidupan, mencantikkan kehidupan manusia atau memudahkan perjalanan hidup kita.

Seharusnya kita berterima kasih kepada usahawan yang tak jemu-jemu mencipta sesuatu atau mengusahakan sesuatu barangan yang menjadi kegilaan kita. Contohnya smartphone, sekiranya tiada usahawan yang membuat produk tersebut secara pukal maka sudah tentu produk tersebut sukar didapati di dunia ini.

Setiap usahawan mempunyai keunikan mereka sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. Bagi yang minat gadget, mereka akan mengusahakan produk berteknologi yang kreatif dan boleh digunakan dengan mudah untuk kebaikan pengguna. Bagi yang sukakan produk pakaian, mereka akan mengusahakan pelbagai keluaran yang diminati oleh pelanggan dengan fesyen dan design yang bersesuaian.

Usahawan adalah sinonim dengan kemajuan sesebuah negara melalui industrinya. Industri tidak akan wujud tanpa usahawan yang mencipta sesuatu kreasi daripada idea kreatif team usahawan. Usahawan mempunyai  instinct atau naluri yang begitu hampir dengan kehendak pengguna sehingga mereka boleh menentukan citarasa pengguna dengan produk keluaran mereka. Profesion ini jarang ditemui secara terancang tetapi banyak yang terjun secara kebetulan, mungkin pada mulanya kerana tiada kerja lain, jadi daripada menganggur mereka melakukan apa yang sesuai dengan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: