Surah Al-Waqiah

Dalam surah Al-Waqiah ada dinyatakan bahawa   terdapat 3 golongan manusia, iaitu Muqarrabin, Golongan Kanan dan Golongan Kiri.

Siapakah Muqarrabin itu? “Mereka ialah yang didekatkan pada Allah dan berada di dalam syurga yang penuh kenikmatan.” Al-Waqiah 11.

Siapa pula Golongan Kanan? Golongan Kanan ialah yang melakukan kebaikan semasa di dunia (orang yang bertakwa) dan mereka talah dijanjikan oleh Allah dengan kebahagiaan di akhirat. “Mereka duduk antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya serta naungan yang terbentang luas. Mereka menikmati air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak berhenti berbuah dan mereka tidak dilarang mengambilnya. Mereka duduk di atas tilam-tilam yang tebal lagi lembut. Sesungguhnya kami menciptakan bidadari-bidadari dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan yang sebaya umurnya. Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan…” Al-Waqiah 27 -40)

Siapa pula Golongan Kiri? Mereka pula ialah semasa di dunia hidup dalam keadaan mewah dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar. Mereka terdiri dari golongan yang kufur.

Surah Waqiah dikatakan surah untuk rezeki kerana Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kita membacanya setiap malam. Banyak khasiat bagi pembaca Al-Quran dan di dalam buku ini ditegaskan bahawa untuk mendatangkan rezeki, kita dianjurkan untuk membaca surah ini dengan khusyuk.

Surah al-Waaqiah ialah ayat yang ke 56 dalam al Quran. Surah ini mempunyai 96 ayat. Sila rujuk al Quran untuk melihat ayat tersebut. Ayat tersebut juga terkenal dengan gelaran surah kaya.

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Jika anda telah mula membaca surah al-Waaqiah buat beberapa waktu, InsyaAllah akan boleh menghafaznya dan boleh membacanya di dalam kenderaan, dalam perjalanan dan sebagainya. Surah ini elok dibaca pada waktu malam sebagai amalan. Rasailah sendiri kelebihan dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang mengamalkan surah ini.

Sapa nak tengok bintang, cakerawala dan planet-planet, pegi sini…

http://hubblesite.org/gallery/

1 Komen (+add yours?)

  1. joni hidayat
    Nov 19, 2011 @ 07:25:33

    semoga jadi amalan bacaan setiap hari

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: