MEMBESARKAN DIRI DI HADAPAN ORANG MISKIN

Allah s.w.t. berfirman kepada Musa a.s.: “Wahai Musa, dengarlah apa yang Ku katakan; bahawa sebenarnya orang yang membesarkan diri di hadapan orang miskin, akan Ku kumpulkan kelak pada hari kiamat berupa semut yang kecil. Dan sesiapa yang tawaduk kepada orang miskin, Aku angkat darjatnya di dunia dan di akhirat.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah Ruah

Firman Allah “Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16

Manusia berduyun-duyun berkunjung ke Mekah sebagai membuktikan ketakwaan mereka.

Kelebihan Bismillah

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan
Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

  1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  3. Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
  8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
  10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  11. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
  13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
  14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
  15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Wallahu a’lam

Dari http://blog.mixterr.com/kelebihan-bismillah/

Doa Yang Dimakbulkan.

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Berdoa di Padang Arafah: Antara doa yang paling dimakbulkan.

Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, ikhlaslah dalam beramal, dan mintalah kepada-Ku, maka sesungguhnya Aku akan memberi kepadamu lebih banyak daripada yang diminta orang-orang yang meminta.” Hadis Qudsi dari Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.

PEMBERIAN ALLAH KEPADA KITA ADALAH MENURUT BANYAK MANA KITA MEMBERI…

Saya telah menemui sebuah hadis Qudsi yang amat besar pengajarannya, amat bermakna untuk mengurus kewangan kita. Ilmu ini tidak kita perolehi daripada buku-buku pengurusan Barat sebaliknya diperolehi daripada hadis Qudsi. Ia mendatangkan kekaguman yang begitu tinggi terhadap bagaimana Allah telah memberi ilmu-Nya yang begitu mudah diamalkan.

Berikan sebanyak mungkin yang anda mampu, apa sahaja yang berguna kepada fakir miskin, kelak lihatlah sendiri bagaimana rezeki anda memuncak. Tapi jagalah niat. Jangan niat kerana hendakkan pulangan tapi ikhlaslah dalam pemberian anda.

Berilah makanan seperti buah-buahan atau sebagainya kepada fakir miskin, tanda kita mensyukuri nikmat-Nya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”

“Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

CARILAH REZEKI SEPERTI DI KEHENDAKI ALLAH

Gambar Hiasan: Madu dan susu ialah antara minuman yang terdapat di syurga.

Antara beberapa panduan dalam mencari rezeki untuk mencapai keberkatan dunia akhirat:

Meninggalkan yang Dilarang dan Berhati-Hati dalam Perkara Syubhat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara syubhat).” H.R. at-Tarmizi

Mencari Rezeki Halal dan Berbelanja dengan Sederhana

Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah s.w.t. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar

Mencari Rezeki Yang Halal
Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”  H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani

Mencari Rezeki Halal dan Menahan Diri Dari Meminta-Minta
Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.  Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” H.R. At-Tabrani

http://rahsiarezeki.com

AMALAN KEMURAHAN REZEKI DAN KASIH SAYANG ALLAH

Rabbighfirli Warhamni

Message Forwarded By:-
From: HAMDAN SALLEH

Mulai hari kita disedarkan dari kealpaan ini teruslah kita berzikir, beselawat dan membaca Rabbighfirli Warhamni…
semoga kita bersama2 ditempatkan nanti disisi org yg beriman.

Mendapatkan 5 hal melalui 5 jalan :

1. Berkah Rezeki – diperolehi melalui Solat Dhuha
2. Cahaya Dalam Kubur – diperolehi melalui Solat Tahajud
3. Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar dan Nangkir – diperolehi melalui membaca Al-Quran
4. Kemudahan Melintasi Siratul Mustaqim – diperolehi melalui puasa & memberi sedekah
5. Mendapat Perlindungan ARSY ILAHI pada hari Hisab – diperolehi melalui Zikrullah (Zikir)


BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Previous Older Entries Next Newer Entries

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,361 other followers

%d bloggers like this: